Polisi WellChip

  1. Kedai Emas WellChip Sdn Bhd. (“kami” dan “kita”) ialah pengendali (https://www.wellchip.com.my) (“Laman Web”). Dengan letak pesanan melalui Laman Web ini, anda akan bersetuju dengan terma di bawah. Ini disediakan untuk memastikan kedua-dua pihak sedar dan bersetuju dengan pengaturan ini untuk saling melindungi dan tetapkan jangkaan yang betul terhadap perkhidmatan kami.
  1. Tertakluk kepada ketersediaan stok. Kami akan cuba bekalan kiraan stok yang tepat di laman web kami namun dari semasa ke semasa mungkin akan ada percanggahan dalan kiraan stok dan kami tidak akan dapat memenuhi semua barang anda pesan pada masa pembelian. Dalam keadaan ini, kami akan memenuhi pesanan produk yang tersedia untuk anda, dan menghubungi anda untuk tanya sama ada anda mahu tunggu barang yang dipesan datang stok atau mahu kami proses bayaran balik.

POLISI PENGHANTARAN & PENGANGKUTAN

  1. Pesanan anda akan dihantar dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja, melainkan dinasihatkan sebaliknya.
  2. Caj penghantaran dan jangka masa penghantaran mungkin tertakluk kepada pertukaran dari semasa ke semasa.
  3. Untuk dapatkan status penghantaran, rujuk butiran pesanan anda dan butiran penjejakan kurier yang anda yang terima oleh kurier kami.
  4. Setelah produk yang dipesan dihantar, tiada pembatalan akan diterima.
  5. Jika hari penghantaran jatuh pada Cuti Umum, Sabtu atau Ahad, penghantaran akan dilakukan pada hari bekerja yang berikutnya.
  6. Semua tempoh transit tertakluk kepada syarat pengangkutan kurier dan volum trafik penghantaran.
  7. Jika kami tidak dapat memenuhi tarikh anggaran penghantaran, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, caj atau perbelanjaan yang timbul daripada penghantaran lewat.
  8. Kami tidak bertanggungjawab untuk pembekalan alamat yang salah atau tidak dapat dicapai.
  9. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku semasa transit.
  10. Sekiranya perkhidmatan kurier pulangkan bungkusan atas sebab alamat yang salah dibekalkan, kami akan menghubungi pembeli dengan segera melalui telefon atau e-mel. Kos penghantaran perlu dibayar oleh pembeli untuk buat penghantaran semula. Pesanan akan dianggap lengkap jika tiada balasan dari pembeli selama 7 hari. Selepas 7 hari, penghantaran semula bergantung pada ketersediaan stok atau bayaran balik akan diproses sekiranya kehabisan stok .

POLISI PEMBAYARAN BALIK

  1. Bayaran balik tidak dibenarkan melainkan kewujudan masalah teknikal. Jika wujud pelbagai isu, pesanan perlu dibatalkan dalam tempoh tujuh hari pertama agar pelanggan boleh terima bayaran balik.
  1. Pembeli hanya akan dapat bayaran balik selepas kami terima pengesahan daripada jabatan IT kami.
  1. Bayaran balik hanya akan diproses untuk item yang dipulangkan jika ia adalah pemulangan yang sah.
  1. Untuk bayaran yang dibuat menggunakan Kad Kredit/Kad Debit, bayaran balik akan dihantar balik ke Kad Kredit/Kad Debit yang sama yang Pembeli guna untuk pembelian tersebut. Bilangan hari untuk proses bayaran balik adalah berbeza mengikut masa pemprosesan bank masing-masing. Pembeli boleh menghubungi bank berkenaan untuk maklumat lanjut.
  1. Semua perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan proses bayaran balik perlu ditanggung oleh Pembeli.

POLISI PULANGAN & PERTUKARAN BARANG

  1. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Jika atas apa-apa faktor anda rasa tidak puas hati dengan pembelian anda (tidak termasuk jam tangan), anda boleh pulangkan produk bersama resit anda untuk dapatkan kredit kedai penuh untukbeli barang kemas lain dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian dan nilai pembelian perlu lebih tinggi dari nilai pembelian yang dipulang balik .
  1. WellChip berhak, mengikut budi bicara mutlaknya untuk terima pemulangan dan berikan kredit kedai untuk barang yang terpilih sahaja.
  1. To return an item, please visit the Well Chip store where you made the purchase and bring along the original sales receipt and original laboratory grading report or certification, if any.
    • Barang akan diperiksa sebelum kami terima untuk tujuan pulang balik.
    • Well Chip reserves the right at its sole discretion to accept returns and grant refunds for the item
    • Selepas kelulusan pemulangan, anda boleh lakukan pertukaran item, atau pilih untuk terima kredit kedai, yang boleh anda gunakan untuk buat pembelian lain pada masa depan.

POLISI JAMINAN BELI BALIK

Kami jamin nilai belian balik jika produk dipulangkan dalam keadaan yang sama dan bersama-sama dengan resit jualan asal.

Terma & Syarat:

  • Item perlu dipulangkan bersama-sama dengan resit jualan asal dan laporan penggredan makmal asal, jika ada, untuk layak untuk proses pembelian balik.
  • Item yang ada tanda-tanda kerosakan, haus dan lusuh, modifikasi atau perubahan pada saiz (oleh tukang emas selain WellChip), boleh terima nilai yang lebih rendah untuk pembelian balik.

POLISI PERLINDUNGAN DATA

Please refer to our data protection policy [link to https://www.wellchip.com.my/data-protection-policy/] for more details.